Daripada Abu Ya'la Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda: "Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT (bahawa Allah akan mengampuninya)."
Web Development

Galeri gambar dan sitemap

Alhamdulillah berjaya jua siapkan ruangan galeri gambar dan sitemap . Secara teknikalnya, ruangan galeri tidak lah sesukar mana sebab tak melibatkan sistem yang kompleks. Hanya guna gambar sedia ada dalam server dan papar mengikut kategori album. Mungkin ada yang tertanya, kenapa tak pakai instagram je ? Pertama... saya suka kebebasan. Saya tidak perlu terikat dengan reka letak dan antaramuka sedia ada Instagram. Kedua.. ya.. memang terdapat API yang menghubungkan sistem kita...

My Diary

Tahniah Hizafiq

Tahniah Hizafiq yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 3 Disember 2016. Majlis lelaki pada 10 Disember 2016. Dalam senyap-senyap je member tiba-tiba hulur kad jemputan Antara rakan PIJ Holdings yang hadir. Dari kiri : Suami Fatimah (KUJ), anak Fatimah(KUJ), aku, Mizi, Zafiq, Rasyidein (PMSB), Kak Intan (IBSB), Azizi (IBSB), isteri Zafiq, Fatin, Suhaili (KUJ), anak Suhaili(KUJ), Syaza, Fatimah (KUJ) 

Product Review

Memasang Ubuntu

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga memasang Ubuntu di komputer riba peribadi. Dah lama tak menggunakan Ubuntu. Kali terakhir tahun 2007. Walaupun ruang cakera keras yang tak seberapa, namun digigihkan jua untuk buat partition baru khas untuk Ubuntu. Kenapa Ubuntu ? Pertama sebab bosan dengan Windows . Saya telah menggunakan Windows sejak versi 3.0 pada 1990. Komputer pertama yang dibeli oleh ayah saya jenama ICL. Sejak daripada itu, tanpa henti saya menggunakan...

My Diary

Pasar Malam

Dah lama tak pergi pasar malam. Kali terakhir pergi mungkin 4-5 tahun dulu kot. Masa tu saya bekerja di Permas Jaya. Pasar malam di BBU pada hari Jumaat dan biasanya saya pergi pasar malam selepas balik kerja. Oleh kerana saya kerap balik lewat (balik awalpun nak kena tempuh kesesakan jalanraya) dan kini Johor dah cuti hari jumaat, memang dah jaranglah pergi pasar malam. Aik ? Bagus lah cuti. Lagi senang pergi kan ? Bukan apa... kalau hari tak kerja ni memang jarang keluar rumah....