My Diary

Seminar CyberSAFE

Beberapa bulan sebelum kejadian......

Sudah beberapa kali syarikat ni memujuk Encik Manager supaya menghantar staff PIJ Holdings ke seminar mereka.

Mula-mula mereka mempromosi kursus untuk Microsoft Office. Saya sudah pun pergi preview kursus mereka di pusat latihan mereka di City Square. OK la kursus tu. Cadangnya nak hantar beberapa staff untuk kursus intermediate level.

Kemudian, mereka mempromosi pula seminar CyberSAFE.

Seminar ini untuk mendidik dan mendedahkan kepada staff bukan IT tentang keselamatan sistem di pejabat. Secara amnya, betapa canggihnya keselamatan, betapa hebatnya dinding berapi (firewall), pakai mangga solex yang tercanggih di dunia pun, tetap tak berguna jika staff sendiri secara tak sengaja menjadi 'pintu masuk'.... tak sengaja beb... tapi kalau penceroboh dah masuk... nak buat camna ?

Mereka mencadangkan untuk hantar ramai staff... tetapi dengan kos yang tinggi pada pemerhatian pihak pengurusan syarikat menyebabkan idea itu ditolak.

Kemudian mereka mencadangkan untuk hantar staff IT dan HR seramai 5 orang di mana mereka ini sekembalinya akan melatih pula staf-staf yang lain.

OK.. cadangan diterima. 

Beberapa hari sebelum kejadian....

Pihak New Horizons mencadangkan 2 tarikh... 20/9 hari rabu atau 21/9 hari khamis.

Untuk makluman, 21/9 itu adalah hari kerja... dan esoknya 22/9 adalah hari jumaat. Johor cuti hari jumaat.

Pihak HR telah memilih tarikh 20/9...alamak, apesal tak pilih 21/9.. senang lepas seminar terus cuti. 

Oleh kerana seminar tu jauh sejauh 300km (takde la jauh sgt sebenarnya... KL je pun... atau spesifiknya MidValley), maka terpaksa la ambil cuti hari khamis tu. 

Saya juga bercadang nak menginap di hotel selepas seminar. Penat kot nak terus balik, kerana seminar habis pukul 6 petang.

Terus buka agoda cari hotel yang menarik dan sesuai dengan harga yang dibenarkan oleh syarikat. Nak lebih mahal boleh... tapi kena topup sendiri.

Akhirnya saya memilih Pasific Regency Hotel Suites.

Daripada asal 5 orang, hanya 3 orang je yang mampu pergi... asalnya pihak syarikat memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan kereta syarikat. Percuma minyak dan tol. Tapi disebabkan terpaksa pandu sendiri (drebar cuti) dan takde seorang pun antara kami bertiga berani bawa kereta tu (tak berani nak bawak kereta besau... kereta syarikat pulak tu).. lalu kami ambil keputusan untuk bawak 2 kereta... kereta saya dan kereta Mizi, kerena saya akan balik pada hari khamis manakala Mizi akan balik hari sabtu.

Di hari kejadian....

Seperti yang dirancang, saya secara lone ranger bertolak seawal pukul 7 pagi. Lebuhraya agak lengang pada masa ini, menyebabkan agak ghairah untuk bawah laju (kena saman padan muka).

Sampai R&R Pagoh, untuk bersarapan. Macam biasa menu kegemaran nasi goreng dan telur mata.

Alhamdulillah akhirnya sampai juga di MidValley. Rasanya dah lebih 10 tahun tak jejak Mid Valley... Kali terakhir jejak masa kat UKM dulu kot.

Sampai ke pejabat New Horizons tepat pada waktunya.

Pejabat New Horizons di MidValley
Ibu pejabat New Horizons di Mid Valley
Salah sebuah bilik seminar
Penceramah CyberSAFE, Mr Inderjet Singh

Seramai 8 orang peserta yang terlibat. Memang tak ramai sebab senang penceramah nak beri tumpuan. Kalau ramai-ramai nanti peserta akan hilang tumpuan.

Seminar dimulakan dengan sesi pengenalan oleh En Rizal Hazari. Beliau menerangkan serba sedikit tentang matlamat seminar untuk memberi pendedahan tentang kesedaran pekerja syarikat terhadap keselamatan. Seperti yang saya sebutkan di awal hantaran ini, secanggih mana pun sistem dinding berapi, tetap boleh berlaku pencerobohan atas kesilapan manusia sendiri.

Selepas habis seminar, Azhar terus pulang ke JB dengan menaiki bas di TBS.

Sekian,


P.s Terima kasih kerana sudi baca :-) Klik like di bawah jika anda suka



Pendapat anda mengenai hantaran di atas ?




Butiran Penulis

Penulis merupakan seorang graduan Ijazah Sarjanamuda Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang kini bertugas sebagai Eksekutif Kanan IT, juga merupakan seorang pengaturcara web, blogger dan usahawan Internet

Apa Komen Anda ?

Jom tengok ini pula