Domain & Hosting

Apa itu domain dan hosting ?

Ramai orang terkeliru dan sering tertukar antara domain dan hostingDi sini saya akan terangkan apa itu domain dan hosting dan perbezaannya.

Apa itu domain ?

Jika sesebuah laman web diandaikan seperti sebuah perniagaan, domain umpama nama perniagaan. Jika nama perniagaan perlu didaftar di SSM, domain pula perlu didaftar melalui pendaftar domain (domain registrar).

Sama seperti nama perniagaan, nama domain tidak boleh sama dengan orang lain. Contoh domain adalah faezil.com.my, google.com, facebook.com dll

.com, .net, .gov dipanggil top level domain(tld).

Apa itu hosting ?

Hosting adalah tempat di mana semua data semua fail yang berkaitan dengan website korang tersimpan. Ibaratnya seperti gudang, premis atau kedai sesebuah perniagaan.

Pemilihan hosting amat penting bergantung kepada penggunaan website korang.

Sama seperti kedai...ada hosting yang bersaiz besar, boleh muat sehingga 100GB fail... dan ada yang sekecil 600MB sahaja. 

Korang boleh sewa hosting... bayar bulanan atau tahunan... atau korang boleh beli sendiri server. Adalah lebih baik korang sewa je la... walaupun kena bayar setiap tahun sepanjang masa, tetapi kos yang dikeluarkan dalam satu masa lebih kecil. Berbanding nak beli server sendiri, kosnya sangat tinggi. Kalau takde duit 6 angka lupakan je la

Kat mana boleh dapatkan domain & hosting ?

Terdapat banyak penyedia hosting di Malaysia. Yang paling popular dah tentu lah Exabytes. Selain Exabytes, korang boleh langgan di DataKL, NetKL, Shinjiru, ServerFreak dll

Kalau luar negara lagi banyak pilihan seperti BlueHost, HostGator, JustHost, iPage dll

Kebanyakan penyedia hosting juga menawarkan domain percuma (percuma selama mana korang langgan hosting mereka). 

Beli domain dan hosting di tempat sama atau berbeza ?

Korang boleh pilih sama ada nak beli asing2 atau beli sebagai satu pakej (domain+ hosting).

Terpulang kepada keselesaan korang nak pilih mana. Masing2 ada baik buruknya.

Jika beli tempat sama, beli sebagai satu pakej, kelebihannya bayar pun setempat. Tak payah pening-pening nak setup domain. Hanya tinggal pakai je. Kekurangannya akan ada masalah bila korang nak pindah syarikat hosting lain. Berkemungkinan tak boleh pindah domain sekali. Sebab domain itu diberi kepada korang atas sebab korang langgan hosting dengan mereka. So, bila dah tak langgan, tak dapat la domain tu.

Jika beli asing-asing, kelebihannya kita boleh memilih harga domain yang termurah dan pakek hosting yang  memenuhi citarasa kita. Contohnya, syarikat A jual domain paling murah di pasaran. Manakala syarikat B jual pakej hosting yang memenuhi citarasa kita. So kita boleh beli domain di syarikat A dan hosting di syarikat B. Kekurangannya, kita kena setup sendiri domain tu di hosting kita (ia dipanggil propagate). Tak susah sebenarnya. Hanya perlu isikan name server je. Tapi bila berlaku tembak masalah troubleshoot, kadang2 pening kepala

Sekian,


Faezilaidil

p.s Berminat untuk menyimpan hantaran ini ? Klik di sini untuk memuat turun dalam bentuk PDF.