Cuti-cuti Malaysia

Bercuti di Universal Studio Singapore

Apabila adik ipar saya menghantar pesanan ringkas Whatsapp mengajak saya bercuti beramai-ramai bersama adik beradik di Universal Studios Singapore, saya tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju memandangkan ia adalah satu idea yang menarik. Selain daripada menambahkan hubungan erat antara sesama adik beradik dan ipar, waktu ini lah sesuai untuk melupakan segala tekanan dan bebanan kerja.

Ini adalah kali kedua saya mengunjungi USS selepas kali pertama pada tahun 2016 bersama rakan-rakan sekerja. Kali ini bersama keluarga pula. Tarikh yang dipilih adalah 8 September 2018 bersamaan hari Sabtu. Hari esoknya 9 September adalah hari cuti umum.

Bertolak seawal pagi dalam pukul 6.45 pm menuju ke tempat menunggu bas tidak jauh dari Tune Hotel. Bas dijadualkan bertolak pada 7.15 pagi tetapi macam biasa, nak kumpul orang pastikan semua ada, pukul 8 baru bertolak.

Ketika di imigresen Singapura, berlaku sedikit masalah apabila ada penumpang tidak kembali ke bas setelah pengesahan. Hampir 1 jam setengah menunggu. Akhirnya pemandu bas terpaksa juga gerak walaupun tak cukup penumpang. Yela.. dah sejam setengah menunggu.

Sampai di USS pada pukul 11.19 pagi

Ke kanan USS, ke kiri kasino. Jangan sampai salah masuk
Antara yang anda di USS
Pintu masuk permainan Madagascar
Beratur nak naik keretapi Madagascar
Caption
Caption
Caption
Caption
Caption

 

Sekian,


Faezilaidil

p.s Berminat untuk menyimpan hantaran ini ? Klik di sini untuk memuat turun dalam bentuk PDF.