Product Review

Bersenam di rumah

Dalam kesibukan kita meneruskan aktiviti harian mencari rezeki, kesihatan jangan dilupakan. Selain pemakanan yang seimbang, kita juga perlu bersenam. Bersenam tidak semestinya di padang atau di gym. Bersenam di rumah pun boleh.

Bersenam di luar rumah

Bagi yang ingin bersenam di rumah, mungkin memerlukan panduan untuk menghasilkan senaman yang efektif dan berkesan. Seorang jurulatih kecergasan, yang juga seorang penggusti profesional... John Cena Grant Davinson (Dunkan Disorderly) telah menghasilkan panduan berbentuk video untuk mereka yang ingin bersenam di rumah.

Jangan tanya siapa mamat ni, sebab saya sendiri pun tak pernah tengok dia bergusti. Nama Dunkan Disorderly pun tak pernah dengar .

Saya jumpa dia pun masa nak gelintar video workout guna dumbbell di Youtube.

Penggusti Dunkan Disorderly atau nama sebenar Grant Davinson

Grant Davinson telah mengasaskan Zeus Fitness Business 

No Gym No Time No More Excuse

Tak perlu bersusah payah pergi gym kerana boleh dilakukan di rumah. Tak perlu peralatan (tak perlu jam randik sebab dah ada siap-siap dalam video), hanya 20 minit sahaja sehari, merangkumi seluruh badan, upper body, lower body, six pack.. nak jadi abang sado, nak turunkan berat badan, buang lemak... semua ada.

Ini adalah salah satu contoh video tutorial yang dibuat oleh Grant

Jika anda berminat untuk medapatkan video panduan bersenam di rumah, layari http://www.homeworkout.club/

Untuk makluman, video yang dibekalkan bukan dalam bentuk fizikal DVD,  tetapi kita perlu log masuk ke ruangan ahli (url akan diberikan selepas pembelian) dan video diakses secara streaming. Ini bermakna talian Internet yang mantap dan stabil diperlukan.

Sekian,


Faezilaidil

p.s Berminat untuk menyimpan hantaran ini ? Klik di sini untuk memuat turun dalam bentuk PDF.