Web Development

Kenangan bersama Microsoft Frontpage

Seorang rakan Facebook saya telah membuat satu hantaran yang menarik.

 

Once upon a time, there's one LEGENDARY WEAPON of webmasters. Well.. at least in the beninginging.. ????

Posted by Nizam Ahamad on Wednesday, February 21, 2018

 

Versi pertama yang saya guna adalah Microsoft FrontPage Express 2.0

Antaramuka MS FrontPage Express

Masa tu kalau tak silap pada tahun 1998, saya terjumpa software ini di PC yang dibeli oleh ayah saya untuk kegunaan rumah. Maka bermulalah perkenalan saya dengan dunia HTML. Sebelum ini saya sudah berkenalan dengan dunia Internet dan laman web setelah saya menyambung pelajaran di peringkat Matrikulasi.

Dengan Microsoft Frontpage ini lah saya kenal kod untuk table, div  dll. Begitu juga saya berjinak-jinak dengan CSS.

Nota : CSS atau nama penuhnya Cascading Style Sheet, merupakan kod yang mengandungi format sesuatu laman web. Contohnya jenis atau saiz font, warna latar, saiz bar tepi dsb.

Contoh CSS :

<style>
body {
  color:#000000;
}

p {
  font-size:15px;
}
</style>

Dalam bahasa melayu disebut Lembaran Gaya Latar

Oleh kerana ia adalah keluaran Microsoft dan pernah menjadi keluarga Microsoft Office, antaramuka Microsoft FrontPage tidak banyak berbeza dengan Microsoft Office. Ini memudahkan saya untuk mempelajari penggunaannya

Pada masa itu, saya belum kenal lagi bahasa pelayan (server language) seperti ASP dan PHP. Jadi pada masa itu memang layan HTML, CSS dan javascript je la

Sekian,


Faezilaidil

p.s Berminat untuk menyimpan hantaran ini ? Klik di sini untuk memuat turun dalam bentuk PDF.