My Diary

Kini Bergelar Suami

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, tanggal 22hb Mac 2019 akhirnya telah tertulis dalam sejarah insan yang bernama Faezil Aidil Jamian kini bergelar suami yang sah kepada Khairul Najwa Rauf.

Pada asal perancangannya, majlis pernikahan dibuat pada pagi sabtu, 23hb Mac 2019. Memandangkan walimatul urus belah perempuan akan dibuat pada waktu tengah hari sabtu tersebut, dan dikhuatiri akan mengganggu perjalanan pengantin, maka majlis pernikahan diawalkan sehari pada malam sabtu.

Saya bersama-sama dengan mak dan ayah serta adik-adik dan ipar bergerak dari Johor Bahru pada petang Jumaat 22hb Mac 2019. Sampai di Rengit pukul 5.20 petang, terus ke homestay yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.

Majlis pernikahan dibuat selepas isya'. Pernikahan berwalikan abang sulung pengantin perempuan memandangkan ayahanda pengantin perempuan telah meninggal dunia

Pengantin perempuan, Khairul Najwa bersama kakaknya
Pengantin lelaki menyarungkan cincin ke jari pengantin perempuan
Bersama mak dan ayah pengantin lelaki
Bersama mak dan ayah serta adik beradik lelaki pengantin lelaki
Bersama mak, ayah dan adik beradik perempuan pengantin lelaki
Dulu 8 orang, kemudian 10 orang, kini sudah menjadi11 orang

Walimatul urus belah pihak perempuan dibuat pada tengah hari sabtu, 23 Mac 2019, manakala belah pihak lelaki di buat di Johor Bahru pada 6 April 2019.

Alhamdulillah majlis belah lelaki berjalan dengan lancar dengan dihadiri teman-teman rapat yang terdiri daripada rakan-rakan sekolah rendah, sekolah menengah, Universiti dan juga rakan-rakan sekerja di PIJ Holdings

Sekian,


Faezilaidil

p.s Berminat untuk menyimpan hantaran ini ? Klik di sini untuk memuat turun dalam bentuk PDF.