My Diary

Majlis Pertunangan Sepupu

Alhamdulillah salah seorang cucu Allahyarham Tuan Haji Yasar kini bergelar tunangan orang.

Zamzairin (betul ke ejanya mcm ni ?) atau nama manjanya Irin kini selamat bertunang dengan orang Endau. Nampaknya dapat jodoh dengan orang dekat memandangtkan Irin pun duduk kat sebelah je (Mersing).

Hari tu, keluarga Irin ada menghadiri majlis pertunangan saya. Kini giliran keluarga saya pulak lah bertandang ke majlis mereka.Berlangsung pada hari kedua Tahun Baru Cina dan saya bercuti selama seminggu (ambil cuti 3 hari + 2 hari cuti Tahun Baru Cina). Keluarga kami dan keluarga Irin sememangnya rapat sejak kecil memandangkan mak saya dan mak Irin adik beradik.

Bertolak dari rumah pada pukul 10.47 pagi menggunakan 2 buah kereta, Almera dan Inova menuju ke rumah Irin di Felda Nitar, Mersing.

Dari Mersing, kami bergerak bersama denagn keluarga Irin menuju ke Endau, Mersing.

Mak dan ayah saya bersama mak bakal pengantin sedang mengadap hantaran. Apesal muka masing-masing monyok je ?

 

Sekian,


Faezilaidil

p.s Berminat untuk menyimpan hantaran ini ? Klik di sini untuk memuat turun dalam bentuk PDF.