My Diary

Mari Berkaraoke

Kadang kala, berkaraoke juga boleh melepaskan tekanan. Selain berkaraoke di pusat karaoke, boleh jugak berkaraoke di rumah. Lebih jimat kerana kos yang dikeluarkan hanya sekali. Hanya beli sebuah mikrofon.

KDCH KD-08S

Cara nak menggunakannya pun cukup mudah. Hanya sambungkan mikrofon ini kepada smartphone atau komputer (laptop pun boleh) dengan menggunakan gigi biru a.k.a bluetooth. Nak pakai sambungan wayar pun boleh. Pasang lagu di smartphone atau komputer. Saya suka menggunakan youtube. Ada banyak video lagu karaoke di youtube. Nak guna apps lain seperti smule, spotify pun boleh. Bunyi akan keluar di mikrofon itu juga di kotak putih yang melekat di mikrofon tersebut

Mikrofon ini menggunakan built-in bateri yang boleh dicas semula dengan menggunakan USB

Di bawah ini salah satu lagu kegemaran saya untuk berkaraoke.

 

 

Sekian,


Faezilaidil

p.s Berminat untuk menyimpan hantaran ini ? Klik di sini untuk memuat turun dalam bentuk PDF.