My Diary

Melangkah ke alam baru

Pada suatu hari, seperti sebelum ini, mak hantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp calon jodoh.

Tak pasti ini calon keberapa. Dah banyak kali dah mak usulkan calon. Tapi nak buat macam mana mak, dah bukan jodoh. Soal jodoh soal perkahwinan bukan benda main-main. Sebab itulah kena pilih calon betul-betul. Bukan main asal pilih sebab tengok member lain dah kahwin. Atau memilih sebab tak tahan orang tanya bila nak kahwin.

Tapi calon yang mak usulkan kali ini nampak lain macam. Macam ada aura tersendiri mengalahkan aura Zamani Gegar Vaganza 5.

Mak kata, dia seorang guru di sebuah sekolah di Ayer Baloi. OK jugak kalau dapat jodoh guru ni. Sebab mak dan ayah saya bekas guru. Adik saya pun ada yang bertugas sebagai guru.

Macam biasa, mak bagi no untuk dihubungi. Dan seperti biasa jugak la saya menggunakan saluran aplikasi WhatsApp. Kalau masa muda-muda dulu, ngorat aweks menggunakan sistem pesanan ringkas a.k.a SMS.

Perkenalan pertama menerusi aplikasi WhatsApp nampaknya agak positif. Kami saling berkenalan dan berkongsi butiran diri. Nampaknya dia seorang guru di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan cina. Merupakan seorang ustazah. Abang sulung dia juga seorang guru agama.

Untuk langkah seterusnya, saya dan ibubapa saya melawat keluarga beliau di Rengit sebagai salam perkenalan dan pertemuan yang pertama.

Memandangkan kami sekeluarga belum pernah bertemu dan berkenalan antara satu sama lain, maka pertemuan kali ini lebih kepada sesi berkenalan. Lebih kurang 2 jam membuahkan satu pengalaman yang sangat positif. Mungkin kerana ibubapa saya seorang guru dan abang sulungnya juga seorang guru.

Dua minggu kemudian, ayah menghubungi abang sulung pihak perempuan yang menjadi wali kerana ayah mereka telah meninggal dunia. Dan keputusannya, peminangan diterima dan diputuskan 15 Disember 2018 untuk tarikh pertunangan.

Sekitar Hari Pertunangan

Seperti yang telah dibincangkan dan dirancang, pihak rombongan lelaki berangkat ke tempat pihak perempuan di Kampung Usrah, Rengit. Bersama rombongan belah lelaki lengkap adik beradik termasuklah adik-adik ipar dan juga mak mertua Fikah, keluarga Achik Sidah, keluarga Achik Paing, keluarga Achik Siti.

 

Bersama tunang dan adik-adik perempuan
'Welcome to the club'..... Nampaknya kaum hawa sudah bertambah seorang
Makcik-makcik saudara dan adik-adik perempuan. Kelihatan juga ibu mertua Fikah
Ustaz Za'bar selaku wakil pihak perempuan merangkap abang sulung dan Acik Paing selaku wakil pihak lelaki
Tunang bersama dengan Acik Sidah

Alhamdulillah, akhirnya Faezil Aidil Jamian bergelar tunangan orang. Eh.. macam tak percaya kan 

Pertunangan diikat selama 3 bulan dan insyaallah tarikh pernikahan adalah pada hari Jumaat, malam Sabtu 22 Mac 2019. Majlis belah perempuan di adakan pada esokkan harinya, Sabtu 23 Mac 2019 dan majlis belah lelaki pada 6 April 2019

Sekian,


Faezilaidil

p.s Berminat untuk menyimpan hantaran ini ? Klik di sini untuk memuat turun dalam bentuk PDF.