Product Review

Memasang Ubuntu

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga memasang Ubuntu di komputer riba peribadi.

Dah lama tak menggunakan Ubuntu. Kali terakhir tahun 2007.

Walaupun ruang cakera keras yang tak seberapa, namun digigihkan jua untuk buat partition baru khas untuk Ubuntu.

Kenapa Ubuntu ?

Pertama sebab bosan dengan Windows cheeky.

Saya telah menggunakan Windows sejak versi 3.0 pada 1990. Komputer pertama yang dibeli oleh ayah saya jenama ICL. Sejak daripada itu, tanpa henti saya menggunakan Windows apabila menyusul Windows versi 95, 98, XP, ME (pakai kejap je), Win 7 (pakai masa guna laptop Acer), Win 8 (pakai masa di PIJ Holdings) dan tak lama lepas tu upgrade ke Win 10.

Pernah guna Ubuntu buat kali pertama versi 7.04 pada tahun 2007. 

 

Sekian,


Faezilaidil

p.s Berminat untuk menyimpan hantaran ini ? Klik di sini untuk memuat turun dalam bentuk PDF.