Web Development

Memasang Wordpress

Selain menggunakan perkhidmatan Blogspot, kita juga boleh menggunakan Wordpress untuk membina blog. Secara amnya terdapat 2 jenis perkhidmatan Wordpress, sama ada menggunakan wordpres.com atau menggunakan skrip Wordpress. Perkhidmatan wordpress.com sama seperti perkhidmatan Blogspot, tetapi yang akan saya sampaikan dalam hantaran ini kaedah menggunakan skrip Wordpress.

Terdapat 2 cara untuk memasang Wordpress.. secara manual dengan cara muat turun skrip Wordpress dan muat naik ke server web kita.. atau menggunakan Softaculous.

Tapi sebelum itu, korang mestilah sudah ada siap-siap domain dan hosting.

Di sini saya akan terangkan cara paling mudah iaitu menggunakan Softaculous.

Mula-mula sekali, login cPanel hosting korang.

Cari Softaculous Apps Installer

Dah jumpa ? OK.. klik

Lalu terpaparlah page Softaculous. Cuba korang lihat bahagian kiri. Ada 24 jenis website yang boleh korang create. Setiap satu jenis tu ada berpuluh jenis skrip

Klik Blogs dan kemudian klik Wordpress.

Klik Install Now.

Isi form tersebut

  • Choose Protocol - Pilih ikut kesesuaian blog korang. Kalau tak tahu nak pilih mana, pilih je http://www
  • Choose Domain - Pilih domain yang nak pakai wordpress. Kalau nak pakai sub domain, pilih sub domain yang berkenaan
  • In Directory - Kosongkan. Kalau ada tertulis apa2 kat situ pun sila padam.
  • Site Name - Nama blog korang. Contohnya, blog saya bernama Apabla Faezil Menulis. Bahagian ini boleh ditukar kemudian hari.
  • Site Description - Butiran ringkas mengenai blog korang. Bahagian ini boleh ditukar kemudian hari.
  • Enable Multisite (WPMU) - Abaikan. Ni kalau nak buat satu Wordpress ada banyak blog.
  • Admin Username - Masukkan nama username korang untuk login sebagai admin.
  • Admin Password - Password untuk login sebagai admin. Bahagian ini boleh ditukar kemudian hari.
  • Admin Email - Masukkan alamat email korang. Bahagian ini boleh ditukar kemudian hari.

Yang lelain tu boleh abaikan je... Ohh satu lagi.. kat bawah sekali tu ada beberapa template menarik. Korang pilih lah template mana korang nak dan klik Select

Klik button Install

Tunggu beberapa saat (bergantung kepada kelajuan Internet)...... dan siap.. hurreyyy 

Sekian,


Faezilaidil

p.s Berminat untuk menyimpan hantaran ini ? Klik di sini untuk memuat turun dalam bentuk PDF.