Product Review

Mencuba skrip OwnCloud

Data atau fail digital merupakan antara barang yang paling berharga. Kehilangannya memang tiada galang ganti. Maka sebab itulah kita selalu buat backup setiap fail-fail penting.

Persoalannya..... di manakah kita backup ?

Di CD kah ? Di pendrive kah ? Di external hard disk kah ?

Simpan dalam CD, bila CD calar, habis tak boleh baca.

Simpan dalam pendrive atau external hard diskpendrive pulak rosak. External hard disk korup.

Saya menyimpan data-data dan fail-fail digital saya, sama ada peribadi mahupun berkaitan kerja, dibackup di Dropbox. Saya naiktaraf akaun saya kepada premium untuk mendapatkan storan sebanyak 1TB.

Secara keseluruhannya, saya amat berpuashati dengan Dropbox. Saya tidak risau kehilangan data ketika PC menghadapi masalah. Malah saya boleh berkongsi fail dengan rakan sekerja saya dan ini amat memudahkan saya menyiapkan sebarang tugasan.

Mungkin $9.90 USD sebulan untuk 1TB tidaklah membebankan, tetapi saya tertarik dengan OwnCloud.

Skrip OwnCloud ini boleh didapati secara percuma dan hanya perlu dapatkan webhosting dan domain sahaja.

Saya cuba hosting yang dicadangkan oleh OwnCloud iaitu Arvixe. Dengan hanya $4 USD sebulan, boleh dapat ruang simpan tanpa had (unlimited space).

Tentu sekali Dropbox menawarkan fungsi yang jauh lebih hebat, tetapi dengan harga $4 USD sebulan sudah cukup untuk menampung keperluan kita, iaitu sebagai tempat untuk backup fail-fail kita.

Sekian,


Faezilaidil

p.s Berminat untuk menyimpan hantaran ini ? Klik di sini untuk memuat turun dalam bentuk PDF.