My Opinion

Menghargai pendapat dan citarasa orang lain

Bak kata orang-orang lama, banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Bermaksud setiap orang ada kegemaran, kemahuan, kehendak dan pendapat masing-masing. Jika ada 100 orang, maka terhasillah 100 pendapat yang berbeza dan mungkin saling bertentangan antara satu sama lain.

Masalah sesetengah manusia di kalangan kita adalah....... terlalu sibuk dengan kegemaran, kemahuan, kehendak dan pendapat orang lain. Seolah kelihatan hanya kegemaran dan kemahuan kita sahaja yang betul dan semua orang tidak boleh berlainan. Kena ikut jugak kehendak kita.

Contohnya, kita tak suka melancong. Lalu kita terus menghasut orang sekeliling kita agar jangan memilih pasangan yang suka melancong. Haiiyaa... kau tak suka melancong tu, pilih je la pasangan yang tak suka melancong. Yang kau hasut orang lain jangan pilih pasangan yang suka melancong tu dah kenapa. Ada orang suka melancong dan suka pasangannya melancong. Lain orang lain kehendak.

Ingin saya tekankan di sini kegemaran, kemahuan, kehendak dan pendapat yang dimaksudkan adalah yang bersifat umum (tiada betul salah) dan tidak melanggar mana-mana undang-undang dan peraturan, baik syara' mahupun undang-undang negara. Contohnya, jika kegemaran mencuri, maka ia di luar topik kerana sah-sah ia adalah satu kesalahan.

 

Sekian,


Faezilaidil

p.s Berminat untuk menyimpan hantaran ini ? Klik di sini untuk memuat turun dalam bentuk PDF.