Facebook & Social Media

Mengimbas kenangan di Facebook

Bila lawat profil rakan, ada tertulis tarikh menyertai Facebook. Tengok profil sendiri takde pulak. Dulu ada, kat bahagian dasar garis masa.

Bila google macam mana nak cari tarikh sendiri sertai Facebook, penyelesaian yang diberikan adalah muat turun data Facebook

Ok lah.. jika itu caranya.

Data Facebook akan dihantar ke email yang didaftarkan.

Dipendekkan cerita.. inilah data Facebook saya yang telah dimuat turun. Fail yang diberikan semestinya berformat zip dan kita perlu unzipkan fail tersebut

Selepas unzip, buka fail index.htm dan hasilnya......

tada.....

Akhirnya tau juga bila saya daftar Facebook. Bukan setakat tarikh, siap tau waktu lagi... pukul 1.58 pagi winkwinkwink.

Ada jugak senarai nama-nama profil yang pernah kita gunakan.. saya sememangnya sejak asal memang memakai nama sebenar. Ini adalah kerana tujuan utama saya berFacebook adalah untuk mengumpul kembali rakan-rakan lama terutama rakan-rakan sekolah. Kalau pakai nama gelaran nanti takde sape kenal cryingcryingcrying.

Yang tak seronoknya, senarai bekas-bekas aweks pun keluar jugak. Huh.. mujur benda ni aku sorang je tengok. Tapi untuk paparan di post ini harus lah dicensored.

Juga senarai ahli keluarga juga saya terpaksa censored sebagai langkah keselamatan. Manataukan.. kot ada yang stress tak puas hati sbb kalah debat.... diserang pulak keluarga saya. Habis tu kalau dah tau tak selamat, kenapa masuk dalam Facebook ? Untuk tatapan dan makluman rakan-rakan terdekat. Mereka memang boleh nampak senarai keluarga.

Antara yang paling menarik dah tentu garis masa. Korang pasti tersenyum terkenang membaca post-post sendiri yang pernah korang kirim. Di sini bukan setakat post, malah apa yang korang suka pun ada sekali. Kalau pernah guna Spotify, lagu apa yang didengar pun keluar di sini.

 

Sekian,


Faezilaidil

p.s Berminat untuk menyimpan hantaran ini ? Klik di sini untuk memuat turun dalam bentuk PDF.