Web Development

Menulis dan mengemaskini blog menggunakan MS Word

Menulis blog menggunakan perisian MS Word mungkin kedengan biasa2 je....dah memang fungsi MS word untuk penulisan kan ?

Tapi tahukah korang, korang boleh tulis blog di MS Word dan terus upload ke blog korang dengan hanya satu klik sahaja wink

Nak edit posting hantaran lama-lama pun boleh.

Caranya mudah je.

1. Mula-mula buka perisian MS Word. Klik New seperti biasa.

2. Kalau sebelum ni, kita selalu pilih Blank document kan ? Tapi kali ini kita pilih Blog post.

Tak jumpa ? Ada tu.. cuba cari betul2.

3. Untuk kali pertama MS Word akan tanya, nak register blog sekarang atau nanti ?

Jangan pulak korang cakap... aku dah ada blog.. takyah register.

Maksudnya di sini adalah register blog korang dalam MS Word. So... klik Register Now.

4. Pilih blog korang jenis apa. Buat masa ini hanya beberapa penyedia sahaja. Bagi pengguna Wordpress ada pilihan Wordpress di situ. Untuk blogger/blogspot saya tak pasti.

Saya akan guna Wordpress sebavgai contoh. Pilih Wordpress dan klik next

5. Isikan url blog korang di ruangan Blog Post URL. Gantikan <Enter your blog URL here> dengan URL korang. Contohnya http://www.faezil.com/xmlrpc.php 

Nak kena ada www ke ? Tak kisah. Nak ada boleh, takde pun takpe.

6. Masukkan username dan password korang yang selalu digunakan di wp-admin. Klik OK

7. Kalau keluar amaran seperti di bawah, jangan terkejut. Dia cuma nak ingatkan ketika MS Word berkomunikasi dengan blog korang, akan ada kemungkinan pihak-pihak lain curi-curi dengar. Perlu diketahui, hal ni juga boleh berlaku jika korang update blog korang secara biasa. Kalau risau, langgan je SSL.

Klik yes.

8. Setelah keluar 'Account registgration successfull......', maknanya berjaya la tu. Tahniah.. horreyy .

Klik ok (hanya itu je kot button yang ada laugh)

9. Korang dah boleh mula menulis blog korang. Boleh guna segala fungsi dalam MS Word, nak bold, nak underline, nak warna besar kecil semuanya boleh digunakan. Dah siap, hanya klik button Publish (atas kiri sekali)

10, Kalau nak tengok posting hantaran2 terdahulu, boleh klik button Open Existing

Selamat mencuba 

 

Sekian,


Faezilaidil

p.s Berminat untuk menyimpan hantaran ini ? Klik di sini untuk memuat turun dalam bentuk PDF.