My Diary

Pasar Malam

Dah lama tak pergi pasar malam.

Kali terakhir pergi mungkin 4-5 tahun dulu kot.

Masa tu saya bekerja di Permas Jaya. Pasar malam di BBU pada hari Jumaat dan biasanya saya pergi pasar malam selepas balik kerja.

Oleh kerana saya kerap balik lewat (balik awalpun nak kena tempuh kesesakan jalanraya) dan kini Johor dah cuti hari jumaat, memang dah jaranglah pergi pasar malam.

Aik ? Bagus lah cuti. Lagi senang pergi kan ? Bukan apa... kalau hari tak kerja ni memang jarang keluar rumah. Baik tak saya enlightenedangel

Apa yang menariknya pasar malam ini ?

Pertama, barang-barang yang dijual dengan harga yang murah. Walaupun ramai yang menganggap barang pasar malam ni rendah kualiti, tapi saya biasanya hanya memborong makanan je (kalau dah kiri kanan penuh bungkusan namanya borong lah kan ? cheekycheekywink). Kualiti makanan di pasar malam sama atau lebih kurang je dengan makanan mahal yang dijual di restoren hebat. Mahal pun sebab sewa mahal dan tempat eksklusif. Sedangkan kualiti makanan sama je. Kesedapan pun sama. Malah kadang-kadang makanan pasar malam lagi sedap daripada makanan mahal yg dijual di restoren mahal

Tapi petang ni hujan pulak... sampai ke malam. Nampaknya terpaksa tangguh lah lawatan ke pasar malam. Mungkin minggu depan kot.

Sekian,


Faezilaidil

p.s Berminat untuk menyimpan hantaran ini ? Klik di sini untuk memuat turun dalam bentuk PDF.