Investment

Pelaburan emas

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya memiliki emas. Walaupun sekadar 1 gram sahaja, ia adalah satu permulaan yang menarik.

Apabila memperkatakan pelaburan emas, ramai yang membandingkan dengan pelaburan-pelaburan lain seperti ASB dan unit trust.

Mungkin ada pakar-pakar pelaburan emas yang bersetuju untuk membandingkan dengan ASB dan unit trust.

Tetapi saya kurang bersetuju.

Ini adalah kerana emas berada di kelas berbeza dengan ASB dan unit trust. Sepertimana yang kita ketahui, dalam pelaburan ASB, unit trust dan seumpamanya, duit yang kita laburkan akan diniagakan. Atau bahasa mudahnya, ia dilaburkan di tempat perniagaan. Dan hasil keuntungannya dikembalikan kepada pelabur dalam bentuk dividen.

Manakala pelaburan emas, apa yang kita laburkan tidak diniagakan. Pelaburan emas lebih kepada penyimpanan. Kita beli 1 gram emas dan kita simpan. 10 tahun kita simpan, 1 gram emas tetaplah 1 gram takkan mungkin tiba-tiba beranak jadi 1 kilogram emas.

Jumlah emas yang kita simpan tetap sama. Cuma yang membezakannya, jika kita simpan dalam bentuk wang kertas, nilainya setiap tahun semakin susut kesan daripada inflasi. Hari ini jika kita miliki RM500,000 sudah lebih daripada cukup untuk menampung hidup tetapi 50 tahun akan datang, ketika kita sudah bersara, nilai RM500,000 adalah terlalu kerdil.

Tetapi emas tidak terkesan dengan inflasi. Jika hari ini, kita memiliki 2.6 kilogram emas (bersamaan lebih kurang RM500,000), 50 tahun akan datang nilainya tetap sama atau lebih tinggi tetapi takkan mungkin nilainya susut. Kalaupun nilainya turun, tidak lah seteruk wang kertas

 

Sekian,


Faezilaidil

p.s Berminat untuk menyimpan hantaran ini ? Klik di sini untuk memuat turun dalam bentuk PDF.