Marketings

Saya seorang peniaga online. Perlu ke laman web ?

Perlu ke laman web ? Saya guna Facebook dan Instagram pun dah dapat jualan mencanak-canak.

Betul. Sekarang ini dengan kuasa media sosial memang mudah untuk memasarkan sesuatu produk. Tetapi jangan ditinggalkan kuasa laman web kerana ada beberapa kelebihan.

Masukkan segala informasi produk dalam laman web. Ia boleh jadi wakil jurucakap online yang bertugas 24 jam sehari 7 hari seminggu

Tanpa laman web, prospek akan bertanya untuk dapatkan info. Kalau ada 10 orang yang bertanya, 10 kali lah kita kena salin tampal jawapan yang sama. Kalau 100 orang ? Kalau seorang tanya 10 soalan, beribu kali lah kita salin tampal benda yang sama. Andai mereka tidak bertanya pun, setiap kali kita membuat pemasaran, terpaksa salin tampal cerita A hingga Z tentang produk kita.

Jika kita ada laman web, hanya perlu promosikan url laman web anda sahaja dan mungkin disusuli dengan beberapa ayat memikat.

Tapi memang perangai masyarakat kita pemalas nak klik. Tetap akan bertanya walaupun jawapan dah ada dalam laman web. Tak mengapa, jawab je 'mohon klik'.

Malah segala perubahan maklumat dapat dibuat dengan mudah. Hanya kemaskini sahaja di laman web dan prospek akan dapat maklumat terkini. Jika hanya hantar maklumat di laman sosial, dah satu kerja nak kena sunting kemaskini untuk mengelakkan kekeliruan

Pengurusan pesanan menjadi lebih mudah

Setiap kali pesanan yang dibuat secara tradisional, sama ada melalui whatsapp, call atau email, kita perlu mencatat secara manual. Itupun kalau rajin. Tapi rajin tak rajin memang kena catat la.

Jika kita ada laman web, segala pesanan akan tersimpan dalam pangkalan data. Kita hanya perlu menyemak di ruangan pentadbiran sistem laman kita.

Memenuhi keperluan KPDNKK

Hahaha... ini yang paling penting sebenarnya. Kalau tidak memenuhi, tak pasal kena denda puluhan ribu. KPDNKK menggariskan beberapa maklumat yang WAJIB dipaparkan secaa umum. Bukannya kena pm baru dapat.

  • Harga perlu dibayar
  • Nama penjual atau syarikat
  • Nombor Pendaftaran Perniagaan
  • Maklumat untuk dihubungi seperti nombor telefon atau alamat atau emel
  • Keterangan produk
  • Kaedah pembayaran
  • Terma dan syarat
  • Anggaran masa penghantaran

Kesemua butiran di atas dapat dipenuhi dengan mudah jika kita ada laman web sendiri

Apapun dengan adanya laman web tidak lah bermakna kita menafikan atau mengenepikan laman sosial. Jika kita boleh pilih semua tools, kenapa kita nak pilih-pilih kan ? Sapu je semua.

Sekian,


Faezilaidil

p.s Berminat untuk menyimpan hantaran ini ? Klik di sini untuk memuat turun dalam bentuk PDF.