My Diary

Selamat Hari Raya 1439H/2018M

Alhamdulillah syukur kepada hadrat Ilahi dipanjangkan usia untuk bertemu Syawal 1439 (bermakna... dah 39 dah umur aku ikut hijrah... tua dahh )

Raya kali ini agak bermakna, bukan sahaja lengkap satu keluarga (eh bukan setiap tahun memang lengkap ke ?), bahkan kehadiran ahli keluarga baru merangkap ipar baru yang merupakan suami kepada adik bongsu kami. Kini jumlah ahli keluarga menjadi 10.

Macam biasa, hari raya pertama berkumpul di rumah di Bandar Baru UDA. Cuma awal pagi ni ketiadaan Filzah Atikah kerana berada di rumah mertuanya. Tapi tak jauh pun... dalam JB jugak.. kejap lagi muncul la tu.

Bergambar sekeluarga

Macam biasa... selepas bersalaman dan bermaafan, kami bergambar sekeluarga.

Mak dan Ayah
Pasangan Filzah Atikah & Zairus

Tadaaa..... kan dah cakap..... pasangan bahagia Filzah Atikah dan Ahmad Zairus telah memunculkan diri.. 

Pasangan Farhi Amalina & Halimi
Farhi bersama kakaknya Fizrani

Farhi Amalina bergambar bersama kakaknya, Fizrani yang kini telah menjadi warga Keyy Ell... 

Sekian,


Faezilaidil

p.s Berminat untuk menyimpan hantaran ini ? Klik di sini untuk memuat turun dalam bentuk PDF.