My Opinion

Stress oh Stress

Perhh tajuk... Faezil tengah stress ke ? crying

Hahahaha.... sebenarnya, siang tadi saya menghadiri kursus Effective Techniques For Stress & Time Management anjuran PIJ Holdings Sdn. Bhd. dan Naga Chain Management Sdn. Bhd.

Asalnya seperti kursus-kursus yang lain, tugas saya memantau dan memastikan komputer dan projektor berfungsi dengan lancar di samping membantu Cik Fasihah selaku moderator kursus.

Namum begitu, memandangkan saya berada di tempat kejadian sepanjang waktu, maka instruktur telah menyerapkan saya sebagai peserta kursus. Bukan saya seorang je, dengan pelajar praktikal yang juga sebagai pembantu Cik Fasihah turut terserap sekali.

Tapi hantaran kali ini, saya tidak akan bercerita lanjut mengenai kursus tersebut. Saya nak bercerita pasal stress .

Secara amnya, saya bukan jenis yang mudah stress. Apetah lagi dengan faktor usia yang semakin meningkat, berasa semakin banyak benda yang tak perlu distresskan.

Dulu masa saya mula-mula di alam pekerjaan, semasa saya bekerja sebagai jurulatih kursus IT untuk guru-guru, tahun pertama memang stress. Biasa la baru setahun jagung kan. Pada masa itu, pelbagai benda boleh menyebabkan stress, terutama apabila suasana dan keadaan tidak mengikut prosedur yang betul. Saya bukanlah jenis 'skema', tetapi kalau pelanggaran itu boleh menyusahkan semua orang, tak ke stress tu ?

Ada 2 perkara yang boleh menyebabkan saya stress. 2 benda je.. tak banyak.. kan ?

Pertama... yang mengganggu kelancaran saya bekerja. Maksud gangguan di sini bukan lah gangguan asing, seperti sedang buat kerja tetiba ada yang memanggil, atau ada yang minta bantuan.  Bukan yang seperti itu.

Gangguan yang saya maksudkan adalah gangguan secara langsung terhadap kerja saya.

 

Sekian,


Faezilaidil

p.s Berminat untuk menyimpan hantaran ini ? Klik di sini untuk memuat turun dalam bentuk PDF.