My Diary

Terjebak dengan BABYMETAL

Asalnya nak mencari muzik latar untuk video imbasan aktiviti syarikat yang akan ditayangkan di Mesyuarat Anggota Pekerja 10 Januari hari tu.

Macam biasa, antara tempat paling sesuai untuk mencari muzik sudah tentulah Youtube. Entah macam mana, terserempak lah dengan satu video ni. Oleh kerana dia menggunakan thumbnail yang agak comel, terus terdetik untuk klik.

 

 

Lagu di atas bertajuk Catch Me If You Can. Boleh tahan menarik jugak konsep yang mereka bawa. Menamakan diri mereka Babymetal, yang dianggotai oleh 3 gadis comel, Suzuka Nakamoto (Su-Metal) yang merupakan penyanyi utama, Yui Mizuno (Yuimetal) dan Moa Kikuchi (Moametal). Babymetal diiringi dengan Kami Band.

Su-Metal ketika membuat persembahan di London pada November 2014

Ditubuhkan pada tahun 2010, ketika itu masing-masing berumur 13 tahun dan 11 tahun, merupakan sub unit kepada kumpulan Sakura Gakuin.

Lagu pertama mereka adalah Doki Doki Morning diterbitkan pada April 2011.

Seperti nama band mereka, Babymetal, semestinya konsep lagu yang mereka bawa adalah genre metal.

Antara lagu-lagu mereka yang saya suka dengar :

  • The One
  • Akatsuki
  • Megitsune
  • Headbanger
  • Ijime, Dame, Zettai
  • Sis Anger
  • Iine (bukan LINE huruf kecil tau.. tapi iine)
  • Road of Resistant

Lagu 'The One' ditujukan khas buat peminat-peminat BABYMETAL 

 

Boleh dikatakan, konsep yang dibawakan oleh Babymetal ini merentas pelbagai jenis metal seperti trashmetal, nu metal, progresive metal, ska, metalcore dll.

Sekian,


Faezilaidil

p.s Berminat untuk menyimpan hantaran ini ? Klik di sini untuk memuat turun dalam bentuk PDF.