Product Review

Ulasan Mengenai Produk Toshiba Dynadock U3.0 Dock Station

Alhamdulillah saya berjaya memiliki Toshiba Dynadock U3.0 Dock Station. Terima kasih kepada Tech Hypermart kerana memperkenalkan kepada saya produk yang hebat.

Saya memesan secara online dan dalam masa 2 hari produk ini sampai ke tangan saya.

Produk ini di hantar ke pejabat saya, memandangkan waktu siang saya berada di tempat kerja.

Maka, komputer dan laptop di tempat kerja jadi mangsa pengujian saya.

Satu sambungan USB untuk lebih 10 peranti yesyesyes

Apa yang menarik tentang Dynadock U3.0 ini, saya tidak perlu memasang banyak peranti di laptop saya. Dalam keadaan biasa, laptop saya biasanya dipenuhi dengan wayar sambungan dengan wayar LAN, tetikus, headphone, external hard disk, pendrive, printer dan kadang-kadang saya membuat sambungan ke monitor untuk dual display (senang nak buat cross-checking).

Dengan adanya Dynadock ini, laptop saya hanya bersambung dengan wayar adapter dan satu wayar USB yang bersambung dengan Dynadock yang mengandungi 6 port USB (4 USB 3.0 dan 2 USB 2.0), headphone,mikrofon, speaker 5.1, HDMI, VGA dan Gigabit Ethernet/Network port

Sekian,


Faezilaidil

p.s Berminat untuk menyimpan hantaran ini ? Klik di sini untuk memuat turun dalam bentuk PDF.