Pengenalan Laragon

Diterbitkan pada Khamis, 29 Mei 2025

“Kenapa semua orang duk sebut pasal Laragon ni? Sedap ke?”

Tak, Laragon bukan nama makanan atau nama kucing jiran sebelah.

Laragon ialah satu perisian yang bantu kau setup persekitaran coding macam Apache, MySQL, PHP, Node.js dan banyak lagi dengan satu klik je.

Kalau biasa dengar orang guna XAMPP, haaa... Laragon ni macam versi XAMPP yang makan protein shake – laju, kemas, tak semak dan tak moody.

🧃 Apa Itu Laragon ?

Laragon sejenis “local development environment”. Maksudnya, kau boleh buat website kat komputer sendiri tanpa perlu ada internet dan tanpa sewa server.

Macam main game offline, tapi game tu adalah website yang kau bina sendiri.

✅ Kenapa Ramai Suka Laragon?

Sebab Kenapa Best
1️⃣ One-click install – Tak payah install PHP, MySQL, Apache satu-satu
2️⃣ Ringan & Laju – Buka tutup sepantas kilat, tak delay macam XAMPP bila Monday blues
3️⃣ Auto create domain local – Contoh: projek-aku.test (nampak pro kan?)
4️⃣ Senang tambah framework – Laravel, CodeIgniter, WordPress semua boleh setup dalam 1 klik
5️⃣ UI kemas – Tak pening kepala tengok menu

🧰 Cara Install Laragon (Langkah Gaya Kopi-O Panas)

1. Pergi ke laman rasmi:

👉 https://laragon.org

Download versi Laragon Full (biasa paling stabil: 32-bit atau 64-bit ikut PC korang).

2. Install macam biasa. Klik klik next je.

  • Tak ada benda pelik.
  • Cuma pilih kat mana nak letak (cth: C:\laragon)
  • Pastikan Auto start services dicentang – senang hidup nanti

3. Lepas install, buka Laragon

Korang akan nampak UI macam ni:

[Start All] [Stop All] [Menu]

Klik Start All ➜ Apache & MySQL akan hidup.

Tadaaa! Server dah jalan! 🎉

⚙️ Nak Pasang Laravel Guna Laragon? Ikut Ni:

1. Klik kanan ikon Laragon > Quick App > Pilih Laravel

Dia akan tanya nama projek:

projek-cinta

Laragon akan terus install Laravel + Composer + setup virtual host.

Lepas siap, buka pelayar dan taip:

http://projek-cinta.test

Boom! Laravel hidup 

🎩 Tips Power Guna Laragon

  • Kalau nak tambah versi PHP lain (contoh PHP 7.4 atau 8.2), drag & drop je folder PHP ke dalam C:\laragon\bin\php
  • Nak tukar port ? Boleh tukar dalam setting > Preferences
  • Guna Notepad++ atau VS Code terus dari menu Laragon
  • Kalau Laravel tak ada dalam senarai "Quick App", kau boleh tambah sendiri dalam fail .ini

💬 Penutup: Laragon Buat Hidup Coding Jadi Tenang

Kalau dulu nak setup PHP + Apache + MySQL rasa macam nak campak laptop ke sawah,

Sekarang dengan Laragon, semua jadi chill macam minum air kelapa bawah pokok.

Sesuai untuk beginner, student, cikgu, peniaga online, dan programmer yang malas nak pening kepala.

Tak perlu power, tak perlu skill gila-gila. Laragon bawa semua sampai depan pintu. Kau tinggal buka dan mula.

#Laragon

Korang mungkin perlu baca ni :